27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Perak FC terus kemarau kemenangan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERAK FC tumbang buat kali keempat berturut turut, selepas tewas 1-0 di tangan KL City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Tandukan gol Sebastian Avanzini sudah cukup untuk skuad ‘Warga Kota’ meraih tiga mata penuh buat tuan rumah. 

KL City turut mengekalkan kemenangan kedua perlawanan berturut turut selepas kejayaan menumbangkan Sabah FC 2-0, minggu lalu.

Pada perlawanan ini,  KL City FC menguasai perlawanan namun pasukan The Bos Gaurus memberi ancaman kepada tuan rumah yang melancarkan beberapa hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Tchetche Kipre cuba melakukan lencongan daripada sepakan sudut untuk mencari gol pertama tetapu mudah ditangkap T Shaheeswaran pada minit ke-22.

Gol pembukaan KL City FC hadir di hujung babak pertama apabila Avanzini memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan gawang Perak FC selepas Shaheeswaran berjaya menampan sepakan percuma Paulo Josue.

Perak FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan T Saravanan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-64 sekaligus merencatkan momentum pasukan bimbingan Lim Teong Kim untuk mencari gol penyamaan.

KL City kini berada di tangga ke lapan dalam carta liga dengan kutipan sembilan mata manakala Perak pula di kedudukan ke-11 dengan hanya lima mata. – Edisi 9

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan