27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Alice Jawan dilantik anggota Mavcom baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Ir. Alice Jawan Empaling dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang baharu bagi tempoh tempoh tahun, berkuat kuasa 28 Mac lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Alice Jawan merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sejak 2021.

Katanya, beliau turut memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dan Lembaga Pengarah di Sarawak termasuk Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Mavcom berbesar hati mengalu-alukan pelantikan Alice Jawan kepada Mavcom. 

Advertisements

“Kepakaran, pengalaman luas dan semangat dalam perkhidmatan beliau kepada rakyat akan memainkan peranan penting memacu industri penerbangan Malaysia ke hadapan.

“Ini seiring dengan usaha bagi membangunkan industri penerbangan awam yang berdaya maju dari segi komersial serta responsif kepada keperluan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Anthony Loke turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengesahan dan sokongan yang diberi megenai pelantikan Alice Jawan.

“MOT dan Mavcom menantikan penglibatan beliau dan yakin bahawa pelbagai manfaat akan diraih daripada pandangan serta pengetahuan beliau,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan