27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Girona buat Barcelona berputih mata

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BARCELONA gagal meraih peluang untuk melebarkan penguasaan di tangga teratas LaLiga kepada 15 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Girona di Camp Nou, awal pagi tadi.

Aksi tangkas penjaga gol, Paulo Gazzaniga, menyelamatkan gawang pelawat tidak dibolosi susulan serangan bertali arus dari jentera serangan Barcelona yang diketuai Robert Lewandowski sepanjang perlawanan itu.

Girona hampir mencipta kejutan namun Valentin Castellanos mensia-siakan peluang terbaik sepanjang 90 minit apabila lencongan yang dilakukannya tersasar dalam babak kedua.

Skuad Blaugrana kendalian Xavi kini mendahului 13 mata di atas pasukan di tangga kedua, Los Blancos.

Real Madrid tewas mengejut 2-3 kepada Villarreal di laman sendiri di hujung minggu lalu.

Keputusan seri itu menamatkan rekod empat kemenangan berturut-turut Barca tetapi masih mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sepanjang aksi LaLiga musim ini.

Barcelona kini menghampiri gelaran liga utama berkenaan selepas kali terakhir bergelar juara di musim 2018-2019.

Barca seterusnya akan bertandang ke laman Getafe hujung minggu ini manakala Girona pula akan melayan kunjungan Elche. – Edisi 9

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan