31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hatrik Benzema bawa Real ke final Copa Del Rey

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

REAL Madrid mara ke perlawanan akhir Copa Del Rey 2022/23 selepas membelasah musuh tradisi, Barcelona 4-0 untuk menjadikan agregat 4-1 pada aksi yang berlangsung di Nou Camp, sebentar tadi.

Kealpaan Barcelona di jentera pertahanan sehingga dihukum skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Peledak berbisa Real Madrid Karim Benzema meledakkan hatrik pada separuh masa kedua.

Babak pertama perlawanan menyaksikan tuan rumah lebih menguasai permainan tetapi Real Madrid lebih bijak menyempurnakan peluang untuk membuka tirai jaringan menerusi Vinicius Junior pada masa kecederaan.

Benzema dengan tenang menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-50 selepas percubaannya setelah menerima umpanan Luka Modric berjaya menewaskan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen.

Real terus selesa di hadapan Benzema sekali lagi menemui sentuhan jaringan pada lapan minit kemudian apabila  menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Jaringan hatrik Benzema minit ke-80 memastikan Real mara ke final selepas beliau mudah menolak masuk bola susulan serangan balas pantas dilakukan Vinicius Junior. 

Real Madrid akan bertemu Athletic Club di final Copa Del Rey. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan