24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

India, Palestin dan Lebanon sah sertai Pestabola Merdeka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEJOHANAN Pestabola Merdeka Edisi ke-42 yang bakal diadakan pada Oktober ini bakal menampilkan semua pasukan Asia seperti India, Palestin dan Lebanon termasuk tuan rumah, Malaysia.

Pestabola Merdeka yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 dijangka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas kerja-kerja penggantian rumput padang selesai.

Syria dan Palestin berada di kelompok 100 terbaik ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) masing-masing di kedudukan 90 dan 93 dunia.

Satu lagi pasukan, India turut berada di ranking lebih baik berbanding Harimau Malaya di kedudukan ke-106 dunia.

Advertisements

Dianjurkan dalam kalender FIFA pada 14 hingga 17 Oktober depan, kejohanan ini merupakan peluang buat skuad Kim Pan-gon bagi memperbaiki rangking selain memberi pendedahan terbaik buat pemain.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengadaka Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan (LOC) bagi Pestabola Merdeka yang dipenguerusikan Naib Presidennya, Mohd. Firdaus Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Mesyuarat itu membincangkan hal-hal persiapan berkaitan pertandingan, protokol dan hospitaliti, keselamatan, media dan komunikasi, pemasaran, perubatan serta perkhidmatan dan logistik menjelang pertandingan tersebut.

Selain dihadiri kakitangan FAM, mesyurat itu turut membabitkan pihak luar ermasuk polis, kastam, imigresen, bomba dan hotel. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan