25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gol tunggal Rashford legakan United

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JARINGAN tunggal Marcus Rashford membawa kemenangan 1-0 buat Manchester United ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan ini kembali meletakkan Manchester United ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris setelah mengharungi tiga perlawanan liga tanpa mencatatkan sebarang kemenangan.

Man United kali bermula dengan cemerlang dan mungkin berada di depan sebelum jaringan Rashford apabila Anthony dan Scott McTominay merembat tepat dari sasaran.

Pemain antarabangsa England itu merembat masuk gol ke-28nya musim ini.

Advertisements

Pasukan pelawat turut membawa ancaman untuk ke kubu United bagi mendapatkan gol.

Peluang terbaik hadir dari jentera serangan Brentford yang diketuai Ivan Toney merembat tepat ke gawang David de Gea dan bola tersasar hanya beberapa inci.

Brentford yang berada di prestasi cemerlang hanya tewas sekali daripada 16 perlawanan Liga Perdana sebelum ini kini menghuni tangga kesembilan dalam carta.

Kemenangan ini menghidupkan semula peluang United kembali semula beraksi di Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan