29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Guna dokumen meragukan, 19 PATI ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 13 lelaki dan enam wanita disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh telah ditahan dalam satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah feri penumpang semalam.

Kesemua mereka ditahan sepasukan penguatkuasa Maritim Malaysia menerusi Op Aman di kedudukan 3.1 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada pukul 10.16 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil maklumat dan risikan yang diterima pihaknya telah menahan feri berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas feri berkenaan, anggota penguat kuasa mendapati 16 warga Myanmar hanya memiliki salinan surat permohonan United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) yang meragukan memandangkan permohonan pemilikan kad terbabit telah dihentikan dan tiga lagi warga Bangladesh tidak memilki dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Berikutan itu, beliau berkata, kesemua PATI terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).

“Sekiranya sabit kesalahan, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebat tidak lebih dari enam kali sebatan.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut,”katanya.

Ujar beliau, pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan