32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Barcelona tumbang di tangan Rayo Vallecano

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BARCELONA gagal raih peluang untuk melebarkan kedudukan di puncak La Liga selepas tewas 2-1 di tangan Rayo Vallecano di Stadium Estadio de Vallecas, awal pagi tadi.

Barca kini dalam misi untuk menamatkan penantian selama empat tahun dinobatkan juara liga dan kekalahan 2-4 Real Madrid di Girona semalam mencerahkan lagi laluan mereka.

Namun, sebahagian besar perlawanan dikuasai tuan rumah sehingga membuka jaringan di minit ke-19 melalui Sergio Camello yang  pantas mengumpan Alvaro Garcia yang melepaskan rembatan rendah untuk menewaskan Marc-Andre ter Stegen.

Rayo meledak gol kedua pada minit ke-52, melalui Fran Garcia yang mencuri bola dari Frenkie de Jong sebelum membolosi gawang dikawal Ter Stegen.

Advertisements

Barca berjaya mengurangkan defisit menerusi Lewandowski pada minit ke-83 hingga perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1.

Barca mendahului carta liga dengan 76 mata, 11 mata di depan penghuni tangga kedua Real Madrid dengan berbaku tujuh perlawanan.

Kemenangan ini melonjak Rayo Vallecano ke tangga kesembilan dengan 43 mata, ketinggalan empat mata di belakang kelompok empat teratas untuk slot kelayakan saingan Eropah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan