28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Konsep RAHMAH: ‘Jangan hangat-hangat tahi ayam’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU siapa pencetus ‘konsep RAHMAH’ di Malaysia tidak perlu dipolemikkan, sebaliknya apa yang lebih penting sejauh mana konsep itu mampu bertahan.

Itu pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berikutan konsep RAHMAH yang terus diperdebatkan kebelakangan ini.

Beliau berkata, konsep RAHMAH itu umpama penjenamaan semula kepada dasar yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan Klinik 1Malaysia.

“Menurut Wan Ji Wan Hussien ‘konsep RAHMAH’ adalah idea (Datuk Seri) Dr Mujahid Yusof Rawa. Dia bekas Menteri Agama.

“Sebenarnya tidak perlu dipolemikkan siapa pencetusnya. Yang penting isinya dan mesti sustainable (tahan lama). Jangan hangat hangat tahi ayam.

“Lagi pun ada apa pada nama. Klinik 1Malaysia pun RAHMAH. BRIM pun RAHMAH. Semoga menu RAHMAH kekal. Tol RAHMAH setiap kali musim perayaan lagi bagus,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Mohd Puad secara sinikal berkata, beliau tidak melihat pertukaran ‘jenama’ itu sebagai isu selagi pendekatan berkenaan tidak ditangguhkan atau dibatalkan.

“Tukar jenama tak apa. Seperti daripada BRIM kepada BASAH. Asalkan RAHMAH. Tetapi jangan tangguh atau batal. Itu hobi Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya.

Baru-baru ini, polemik mengenai siapa yang lebih dahulu memperkenalkan konsep RAHMAH di Malaysia terus diperdebatkan.

Terbaharu, seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin tampil dengan pendapat bahawa konsep itu bukan idea asli Mahathir mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya mendakwa ia dicetuskan Mujahid.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim mendakwa konsep ‘RAHMAH’ yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan merupakan idea Dr Mahathir. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan