26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rumah Terbuka: Hassan Karim cadang guna dana parti

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta menggunakan dana parti atau wang peribadi Perdana Menteri bagi tujuan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Madani yang akan diadakan di enam negeri bermula Sabtu ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, ia menjadi kesalahan sekiranya Perdana Menteri atau Menteri Besar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menggunakan wang kerajaan untuk mengadakan majlis tersebut yang merupakan penyalahgunaan kuasa.

“Ia jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Rabu.

Ujar Hassan lagi, meskipun jumlah digunakan tidak mencecah jutaan ringgit, namun  ia adalah duit awam dan perlu dibelanjakan secara berhemah yang tidak melanggar etika moral dan undang-undang.

Beliau mengambil contoh bahawa Perdana Menteri India, Indira Ghandi pernah didapati bersalah menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen dalam pilihan raya sehingga menyebabkan kerajaannya tumbang.

Advertisements

“Satu ketika dahulu Perdana Menteri India, bernama Indira Ghandi pernah didapati bersalah oleh mahkamah India kerana menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen di dalam pilihanraya. Akibatnya Indira Ghandi disabitkan bersalah dan dia bersama-sama kerajaan Kongres pimpinannya tumbang.

“Kita tentu tidak ingin melihat Perdana Menteri dan kerajaan madani pimpinannya tumbang gara-gara rumah terbuka hari raya,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan perlu berjimat memandangkan hutang negara ketika ini sudah mencecah RM1.5 trilion iaitu 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Selain itu kerajaan sering memberitahu bahawa kerajaan sedang menanggung beban hutang 1MDB sebanyak RM18.2 billion,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan