30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sheffield United kembali ke EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SHEFFIELD United layak secara automotik ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan West Bromwich Albion 2-0, sekali gus mengesahkan tempat kedua dalam Liga Kejohanan Inggeris (EFL).

Kemenangan di Brammal Lane awal pagi tadi itu menyaksikan Sheffield kekal di tangga kedua liga dengan 85 mata, dibezakan tujuh mata berbanding pencabar terdekat, Luton Town dengan berbaki hanya dua perlawanan.

Pasukan di tangga ke tiga hingga keenam liga akan bersaing secara play-off bagi merebut satu lagi slot ke EPL.

Dalam aksi pagi tadi, Serge Berge meletakkan Sheffield di depan pada minit ke-56 apabila menyudahkan hantaran Iliman Ndiaye.

Advertisements

Tuan rumah dinafikan sepakan penalti beberapa minit berselang selepas Darnell Furlong menjatuhkan penyerang, Oli McBurnie.

Namun, baki 14 minit terakhir menyaksikan Anel Ahmedhodzic menyambung sepakan voli George Baldock sekali gus memastikan sambutan gilang gemilang buat penyokong The Blades.

Sheffiled kembali ke EPL selepas dua musim mengalami penurunan divisyen.

Musim lalu, The Blades berpeluang dipromosi ke EPL namun tewas di separuh akhir play-off kepada Nottingham Forest. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan