26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

20,000 Bakul Rahmah diagihkan secara berperingkat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 20,000 Bakul Rahmah bernilai RM1 juta berupa keperluan asas sumbangan daripada 99 Speedmart akan diagihkan kepada golongan sasar secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pengagihan Bakul Rahmah itu akan dilaksanakan bersama rakan strategik utama kementerian, Yayasan Rahmah Malaysia.

“Kementerian amat berbesar hati menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.

“Untuk pengetahuan, sebanyak 12,000 Bakul RAHMAH telahpun diagihkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Inisiatif Bakul Rahmah dilancarkab di bawah program Payung Rahmah yang telah diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi.

KPDN menggerakkan inisiatif Bakul Rahmah dengan kerjasama bersama rakan strategik, pemain industri (pasar raya), agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Advertisements

Sehingga kini, inisiatif tersebut berjaya memanfaatkan seramai lebih daripada 34,000 ketua isi rumah miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kementerian berharap lebih ramai pihak industri, NGO, tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama menjayakan inisiatif Bakul Rahmah tersebut.

“Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu dalam membantu golongan sasar.

“KPDN juga mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat, organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Program Food Bank Malaysia di talian hotline 03-88825860/6960 atau melalui emel kepada [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan