26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 19, 2025

2 nama dicalon untuk Timbalan Speaker DUN Melaka

Mesti Baca

CALON timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan diumumkan Jun ini, kata Speaker DUN, Datuk Ibrahim Durum.

Setakat ini, katanya, kerajaan negeri menerima dua nama bagi pelantikan itu, namun enggan mendedahkan sama ada calon itu daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

“Kita masih berbincang untuk mengenal pasti calon layak memandangkan Timbalan Speaker sebelum ini, iaitu Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

Advertisements

“Senarai akhir itu hanya akan diumumkan beberapa hari sebelum sidang DUN atau pada hari berkenaan yang dijangka pada penghujung Jun ini,” katanya di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kuala Linggi hari ini.

Ibrahim berkata, beliau tidak menolak kemungkinan calon itu daripada PH.

“Sudah semestinya pemilihan ini akan mencerminkan kerajaan perpaduan yang sedang diperkukuhkan di Melaka. Jadi, kita tunggu saja pengumuman rasmi nanti pada sidang DUN nanti,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

KJTS, iHandal perkukuh pengurusan tenaga bersepadu

KJTS Group Berhad (KJTS), memeterai perjanjian usahasama dengan iHandal Holdings Sdn Bhd (iHandal) untuk meningkatkan kedudukan KJTS dan anak...

Lagi Artikel Berkaitan