33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dakwaan ada gerakan guling kerajaan mengarut

Mesti Baca

DAKWAAN konon berlaku gerakan untuk menggugat Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengarut dan tidak berasas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, dakwaan dibuat sebuah portal berita dengan mengaitkan beliau antara terbabit dalam gerakan itu jelas satu pandangan berdasarkan khabar angin semata-mata.

Ahli Parlimen Air Hitam itu berkata, tulisan portal tersebut yang bersandar kepada “sumber maklumat tanpa nama” dilihat cuba mengarang berita konon ada gerakan untuk menggugat kerajaan Anwar.

“Sesiapa sahaja boleh menulis mengikut citarasa masing-masing berpandukan khabar angin.

“Namun bagi saya sendiri sebagai Presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan sepertimana yang dilaporkan.

Advertisements

“Kami juga tidak akan menyokong langkah sedemikian yang memerlukan mana-mana ahli Parlimen yang dipilih untuk ‘mengorbankan’ kerusi mereka untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Ka Siong berkata, keutamaan beliau dan MCA pada masa kini adalah menyokong dasar dan strategi ke arah pemulihan ekonomi negara melalui kestabilan politik mengikut kehendak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Portal berbahasa Inggeris itu melaporkan, sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menyertai gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Antaranya 10 Ahli Parlimen yang telah menandatangani surat aku janji (SD) menyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus selepas PRU-15 lalu.

Mereka termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Hasni Mohammad, Datuk Seri Jalaluddin Alias daripda UMNO, Ka Siong dan Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) dan Datuk Seri M. Saravanan daripada MIC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan