32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Sanusi ‘takut’ PM buat rumah terbuka di 6 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketakutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di enam negeri.

Beliau berkata, menurut Menteri Besar (MB) Kedah itu, Rumah Terbuka Malaysia MADANI di enam negeri sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan.

“Menurutnya lagi, ia pembaziran. Ia patut dibuat di Putrajaya.

“Sanusi takut. Apa yang tidak wajarnya? Buat rumah terbuka ke akar umbi lagi wajar. Biar rakyat di negeri lain merasa. Taklah dari dulu sampai sekarang Putrajaya sahaja merasa,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini

Dakwa beliau lagi, Sanusi kata itu adalah kempen dengan tujuan rumah terbuka ialah “public relation” (PR) iaitu meluaskan “PR” dengan orang ramai, jiran, kenalan rapat dan saudara mara.

Advertisements

“Semua orang boleh datang. Sebab itu semua wakil rakyat dan MB buat” open house”. Memang ada sedikit unsur politik dan kempen. Sambil menyelam sambil minum air. Apa salahnya.

“Sanusi pun boleh tumpang semangkuk. Dia boleh berdiri sebelah PM dari pagi sampai petang. Dia boleh bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus.

“Dia kata pembaziran. Kalau mahu berjimat cermat Sanusi tidak perlu buat” open house”lain. Lagi pun mungkin orang yang sama akan hadir. Itu pembaziran.

“Sepatutnya Sanusi fokus tujuan open house. Bermaaf-maafan dan kemeriahan. Kita mahu rakyat gembira. Sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,”katanya.

Semalam, Sanusi menganggap Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani itu sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mendakwa tidak wajar diadakan memandangkan program terbabit melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat oleh semua pihak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan