30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

4 sekeluarga pengsan dalam MPV di plaza tol

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT individu dipercayai sekeluarga didapati pengsan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Plaza Tol Bentong, petang tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan kejadian yang berlaku pukul 2.40 petang itu melibatkan seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

“Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong (arah ke Kuala Lumpur) dan punca kejadian masih dalam siasatan. Petugas JSPT yang berada di lokasi turut hadir membantu.

“Kesemua mangsa yang pengsan dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“JSPT bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa sekeluarga dan berdoa semoga kesemua mangsa diberi kesembuhan seperti sedia kala,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, JSPT turut menasihati orang ramai agar memastikan kenderaan dalam baik dan mengambil rehat secukupnya sebelum memandu ekoran cuaca panas terik dan hujan yang tidak menentu. 

-EDISI9

Terkini

MOTAC perlu tingkat produk dan perkhidmatan pelancongan – Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan yang tinggi kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam meningkatkan...

Lagi Artikel Berkaitan