28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pemilihan Ramli bakal ubah dimensi politik, Parlimen

Mesti Baca

PEMILIHAN Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat bakal mengubah dimensi politik dan institusi Parlimen negara.

Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini berhubung pencalonan Ahli Parlimen yang mewakili Orang Asli pertama negara itu oleh partinya.

Shabery berkata, jika pencalonan Ramli mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, ia bukan sahaja pengiktirafan kepada masyarakat yang diwakilinya malah satu keputusan yang amat tepat kerana beliau ada kemampuan tersendiri dalam melaksanakan tugasnya.

“Berada di kerusi speaker, mesti ada ketahanan mental, keupayaan mendengar dan menyimpulkan perbahasan. Paling penting faham semua peraturan. Disiplin dan mendisiplinkan,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Advertisements

Ramli telah dicalonkan oleh UMNO sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat setelah penarikan diri Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO sebelum ini tidak mendapat sokongan sebahagian daripada Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) berkata, penarikan diri itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti.

Sementara itu Ahmad menerusi twitternya berkata, pencalonan Ramli telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli pertama yang dicalonkan,” kata Ahmad sambil memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir untuk cadangan nama sebelum Parlimen kembali bersidang pada 25 Oktober ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan