31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

89% pelajar tajaan MARA golongan B40 – Mahdzir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 89 peratus pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terdiri daripada golongan B40 yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf global.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga 30 September lalu, MARA telah menaja seramai 50,555 pelajar iaitu 44,994 individu adalah terdiri daripada golongan B40.

Manakala menurutnya, 5,055 individu lagi iaitu bersamaan 10 peratus adalah daripada M40 dan bakinya seramai 506 individu bersama satu peratus daripada T20.

“MARA sejak dahulu lagi mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada golongan B40 dan penduduk luar bandar bagi akses kepada pendidikan yang lebih baik.

“Melalui program penganjuran pelajaran MARA ini, ia merupakan strategi serampang dua mata yang bukan sekadar memberi tumpuan dan peluang kepada pelajar miskin dan luar bandar, tetapi turut menjamin keperluan guna tenaga dan modal insan negara dapat dipenuhi selaras dengan perkembangan teknologi dan industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   KKM nyata kebimbangan sub-lineage BA.2 varian Omicron

Mahdzir berkata, pelaksanaan dasar itu telah bermula di peringkat pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan juga Program Penajaan Pelajaran.

Menurutnya, MARA menyediakan penajaan pelajaran di institusi dalam dan luar negara berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang bermula dari program persediaan sehingga ke peringkat doktor falsafah (Ph.D).

“Ianya termasuk kursus-kursus pentauliahan profesional, kepakaran (spesialis) dan program-program kritikal yang diselaraskan mengikut keperluan negara pada masa hadapan. 

Baca juga:   UMNO hargai ahli setia, kekal perjuangan parti

“Bagi tahun 2021, MARA katanya menyediakan peruntukan untuk membiayai 60,000 pelajar merangkumi 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baharu,” katanya.

Ujar Mahdzir lagi, pemilihan pelajar bagi mengikuti program penajaan ini bukan hanya tertumpu dari aspek status sosio ekonomi (SES) keluarga sahaja, tetapi turut mengambil kira kecemerlangan akademik, kebolehan pelajar yang dinilai melalui ujian psikometrik, ko-kurikulum serta status institusi pendidikan dan program yang dipilih.

Menurutnya, MARA mengutamakan program pengajian dalam universiti terbaik dunia. 

“Peratusan itu juga jelas menunjukkan bahawa pihak KPLB bersama MARA sememangnya memberikan keutamaan kepada anak-anak dari keluarga B40 sekaligus menafikan dakwaan tajaan MARA lebih mengutamakan pelajar dari keluarga T20.

“Saya mohon kepada orang ramai untuk merujuk MARA terlebih dahulu sekiranya terdapat dakwaan tidak berasas daripada pihak tertentu,” tegas Mahdzir.

Terbaru, MARA menghantar 215 pelajar tajaannya ke United Kingdom dibawah program Young Talent Development Program (YTP), IPMA Excellent Sponsorship Program (IESP) dan World Top University (WTU).

Baca juga:   UMNO hargai ahli setia, kekal perjuangan parti

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan