32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Tiket aksi Selangor-JDT licin

Mesti Baca

TIKET perlawanan tumpuan Liga Super Malaysia (MSL) minggu ini antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) habis dijual menjelang perlawanan yang dijadualkan pada pukul 9 malam esok.

Selangor FC yang akan melayang kunjungan penyandang juara Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini memaklumkan bahawa tiada aktiviti jualan tiket di luar stadium.

“Tiket habis dijual. Untuk makluman, tiada tiket fizikal Selangor-JDT dijual di Stadium MBPJ. Kepada yang sudah membeli tiket, jumpa esok,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan dijangka panas dengan kedua-dua pasukan masih lagi mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan musim ini.

JDT di tangga pertama selepas mencatat kemenangan dalam semua empat perlawanan sementara Red Giants pula di kedudukan ketiga dengan rekod tiga menang dan satu seri.

Dua perlawanan MSL akan berlangsung malam ini membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu sementara Perak akan melayan kunjungan Sri Pahang di Ipoh.

Baca juga:   Kes Natxo Insa dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Empat perlawanan akan berlangsung esok termasuk pertemuan Selangor FC dan JDT sementara PDRM FC pula akan berdepan Kelantan United pada Sabtu ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan