27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

‘Datuk Roy’ dibebas dengan jaminan SPRM

Mesti Baca

SEORANG ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy‘ yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu, Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

“Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” kata peguam itu hari ini.

Pada Isnin lalu, lelaki itu telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan