26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya dengan Malaysia.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan perkara tersebut sempena  keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur, bagi menyempurnakan Majlis Kunjungan Hormat Presiden Singapura  itu semalam.

Menurut hantaran berkenaan, pertukaran itu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

“Saranan itu dibuat oleh Raja Permaisuri Agong, semasa lawatan baginda ke Pandu Puteri Singapura Oktober tahun lepas. Presiden itu juga berkata beliau kagum apabila mengetahui tentang aktiviti kreatif yang kerap dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk ahli-ahlinya bagi semua peringkat umur,” katanya hari ini.

Dalam majlis berkenaan, turut berangkat, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Yang Dipertua PPPM DYAM Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk, Jeyadhevi Subramaniam.

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri berkenan beratur beli KFC

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan