26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Orang asli dilaporkan hilang, ditemui tidak sedar diri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG Orang Asli yang dilaporkan hilang ketika mencari buluh pagi semalam di Bukit Damansara Perdana, ditemukan selamat bagaimapun dalam keadaan tidak sedarkan diri pada malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 malam daripada orang awam yang melaporkan penemuan seorang Orang Asli.

“Mangsa yang keluar mencari buluh pada jam 8 pagi dan sepatutnya pulang ke rumah pada jam 2 petang namun sehingga jam 8 malam tadi (Selasa) ahli keluarga memaklumkan mangsa masih belum pulang ke rumah.

“Ahli keluarga juga memaklumkan bahawa mangsa juga mempunyai sejarah penyakit jantung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Morni, pihak bomba yang tiba di lokasi motorsikal dipercayai milik mangsa yang berumur 48 tahun itu dijumpai memulakan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk Kampung Desa Temuan.

Baca juga:   Tiga kilang terbakar, kerja pemadaman giat dijalankan

“Hasilnya, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri pada jam 11.35 malam tadi di atas bukit dengan anggaran jarak 300 meter dari lokasi motorsikal mangsa ditemui,” ujarnya.

Kata beliau, mangsa kemudian dikeluarkan dari kawasan itu sebelum Bilik Kawalan Balai menghubungi Kementerian Kesihatan untuk bantuan perubatan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan