26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai ‘Tiket Rahmah‘ bermula hari ini hingga 30 Jun 2023

Menerusi ciapan di Twitter, Pusat Sains Negara memberitahu, harga ‘Tiket Rahmah’ bagi dewasa adalah RM3 berbanding sebelum ini, RM6; kanak-kanak RM2 (RM3) dan warga emas pula percuma.

“Mulai 22 Mac kami menawarkan Tiket Rahmah kepada semua pengunjung ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.

“Harga (ditawarkan) untuk kemasukan umum sahaja, tidak termasuk Galeri Pameran Bertema (Dinosaur Encounter & Obskura XR),” katanya hari ini.

Harga bagi pameran Obskura XR kekal RM8 bagi dewasa, kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun (RM6) sementara warga emas dan kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah percuma.

Untuk pameran Dinosaur Encounter, tiket masuk juga kekal RM15 bagi dewasa, kanak-kanak (RM12) sementara kanak-kanak 3 tahun ke bawah dan warga emas percuma. – Edisi 9

Baca juga:   Polis tahan lelaki warga asing bawa pisau ketika solat Aidiladha

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan