30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Saya tidak akan ajak rakyat turun ke jalanan – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA tidak akan mengajak rakyat turun ke jalanan untuk membela diri,”itu tegas Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengharapkan penyokongnya menitip doa supaya beliau diberikan keadilan dan serta dilindungi oleh Allah SWT.

“Rakyat sedang mengalami kesusahan hidup dan saya enggan membebankan rakyat untuk membela dirinya.

“Saya terima pertuduhan ke atas saya ini dengan sabar. Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga saya dan parti saya.

“Lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus. Bagi saya tidak mengapa. Ini jalan perjuangan yang saya pilih.

“Saya tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil. Saya pilih untuk tegak berdiri di atas prinsip yang saya pegang. ‘This is the price that I have to pay’ (ini harga yang perlu saya bayar),” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Muhyiddin, 76, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa pihak berkuasa hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

Advertisements

“Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, sepanjang tempoh itu tiada kesalahan saya lakukan malah saya akur peraturan dan undang-undang dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang sewenang-wenangnya.

“Pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan saya mesti tahu sikap dan pendirian saya mengenai peraturan dan pematuhan undang-undang,”katanya.

Beliau dan pasukan peguam akan berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya berdoa semoga Allah mengurniakan rahmah dan inayahNya ke atas saya dan melindungi saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya daripada fitnah jahat dan musibah buruk.

“Nasib saya akan saya serahkan kepada Allah SWT dan hakim yang adil,” tegasnya.

Hari ini, Muhyiddin berdepan dakwaan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat.

Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan minta untuk dibicarakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan