WAKTU pengoperasian Klinik Kesihatan (KK) akan dipanjangkan yang membabitkan 52 buah KK terpilih seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan.
Menurut hebahan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebooknya memaklumkan, waktu operasi selepas waktu pejabat itu dipanjangkan dari 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu.
Menurut KKM, bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis adalah dari 5 petang hingga 9.30 malam dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu.
“Klinik Kesihatan terlibat di Kedah ialah (Alor Setar, Kulim, Sungai Petani, Kuah dan Padang Matsirat) dan Perlis (Kuala Perlis dan Kangar).
“Di Perak pula melibatkan (Tapah, Teluk Intan, Greentown, Kemunting, Taiping, Sitiawan dan Tanjung Malim) manakala Selangor (Ampang, Kajang, Taman Medan, Seksyen 19, Bandar Botanik dan Taman Ehsan).
“Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kuala Lumpur dan Presint 9), Negeri Sembilan (Port Dickson, Bahau dan Seremban), dan Johor (Mahmoodiah, Sultan Ismail, Bandar Maharani, Mengkibol, Batu Pahat dan Kulai Besar),”katanya.
Sementara itu, kata KKM, di Pahang pula melibatkan (Bandar), Kelantan (Bandar Kota Bharu) dan Sabah (Inanam, Luyang,Menggatal, Lahad Datu, Penampang, Putatan, Sandakan dan Tawau).
“Di Sarawak turut melibatkan (Jalan Masjid, Bintulu dan Jalan Lanang), Pulau Pinang (Bayan Baru dan Seberang Jaya) dan Melaka di (Masjid Tanah, Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Ayer Keroh dan Peringgit).
KKM berkata, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat. – Edisi 9