25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

JPJ serbu syarikat EHO, kerana operasi tanpa permit EVP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu sebuah syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) di Kuantan, Pahang kerana beroperasi tanpa permit kenderaan e-Hailing (EVP) yang sah.

JPJ menerusi kenyataan berkata, serbuan yang dilakukan itu adalah hasil risikan dan pemantauan selama 14 hari menerusi Ops e-Hailing.

“Biarpun syarikat berkenaan menggunakan aplikasi MAXIM namun didapati telah melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kenderaan di bawah kendalian syarikat tersebut beroperasi tanpa EVP sah di Putrajaya dan Pahang.

“Ini kerana, hasil siasatan lanjut oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati, daripada 5,000 buah kenderaan aktif yang menggunakan aplikasi MAXIM, hanya 402 buah kenderaan sahaja mempunyai EVP.

“Dalam operasi itu, beberapa peralatan dan dokumen syarikat seperti komputer, papan iklan, banner dan bunting telah dirampas dan disita untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 222 APAD 2010.

Advertisements

“Tindakan penguatkuasaan ini selaras Seksyen 12A(5) APAD 2010 dan boleh disabitkan mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 12A(9) APAD 2010 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Katanya, JPJ akan terus memantau perkhidmatan EHO secara berterusan bagi mengesan mana-mana syarikat mengendalikan perniagaan pengantara tanpa lesen dan kenderaan-kenderaan perkhidmatan e-Hailing tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Kami ingin menasihatkan mana-mana syarikat yang mahu menjalankan perniagaan pengantara dan penyediaan sistem EHO kepada pemandu-pemandu kenderaan eHailing supaya berdaftar serta dilesenkan di bawah APAD dan LPKP.

“Penumpang e-Hailing juga dinasihatkan untuk memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan melalui semakan di portal APAD dan LPKP supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans jika terbabit kemalangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan