36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Vaksinasi hanya di klinik kesihatan secara temu janji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Semua program suntikan vaksin COVID-19 sama ada membabitkan warganegara atau bukan warganegara di Lembah Klang akan dilaksanakan secara termu janji di klinik kesihatan dan pejabat kesihatan daerah mulai Isnin ini.

Ini bermakna tiada lagi suntikan vaksin kepada golongan dewasa 18 tahun dan ke atas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang diwujudkan sebelum ini.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, individu dewasa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19, termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua, perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi e-mel.

Menurut CITF, semua klinik kesihatan dan pejabat kesihatan daerah akan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 8 pagi hingga 5 petang” .

“Untuk vaksinasi remaja 12 tahun hingga 17 tahun pula, orang ramai diminta merujuk pada pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai diminta menghubungi talian klinik kesihatan atau pejabat kesihatan daerah berdasarkan lokasi yang berhampiran penerima,” kata CITF dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 14 buah klinik kesihata terlibat dalam pelaksanaan janji temu tersebut iaitu: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Setapak, Kampung Pandan, Datuk Keramat, Jinjang, Sentul dan Batu Muda.

Klinik kesihatan lain yang terlibat ialah Klinik Kesihatan Tanglin, Muhibbah, Bandar Tun Razak, Cheras, Sungai Besi, Cheras Baru dan Putrajaya Presint 18. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan