27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Projek rintis lanjutan operasi KK berjaya – Dr Zaliha

Kaedah tersebut berhasil menurunkan sebanyak 54 peratus jumlah pesakit di Jabatan Kecemasan.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROJEK rintis pelanjutan waktu operasi klinik kesihatan (KK) berjaya mengurangkan kesesakan pesakit di jabatan kecemasan di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, projek tersebut berhasil menurunkan sebanyak 54 peratus jumlah pesakit di jabatan kecemasan.

Katanya, menerusi projek itu para pesakit zon hijau (bukan kecemasan) di Jabaran Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dipindahkan ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik (KKBB) di Klang.

Pada masa yang sama, katanya, dengan memindahkan operasi zon hijau (bukan kecemasan) Jabatan Kecemasan HTAR ke KKBB di luar waktu operasi bermula 25 Mac lalu dengan KKBB melanjutkan waktu operasi sehingga 9.30 malam setiap hari.

“Sehingga 9 April lalu, purata kedatangan pesakit zon hijau ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR telah mencatatkan penurunan kedatangan pesakit sebanyak 54 peratus.

“Tren penurunan ini berlaku lebih ketara pada Sabtu dan Ahad serta selari dengan peningkatan kedatangan pesakit ke KKBB selepas intervensi pelanjutan tempo operasi ini dilaksanakan bermula 25 Mac lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Projek itu merupakan salah satu inisiatif Bitara Madani yang dipacu Pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyat.

Advertisements

Sementara itu, Zaliha berkata. Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk memperluas skop projek rintis intervensi pemanjangan tempoh operasi ke lima KK lain.

Katanya, antara klinik kesihatan terlibat adalah di Gombak, Hulu Langat, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

Ujar beliau, di samping pelanjutan waktu operasi di klinik kesihatan, tujuh lagi tindakan penyelesaian jangka pendek dan jangka sederhana bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan sedang dilaksanakan.

“Antaranya pelaksanaan rintis Skim Perubatan Madani, semakan semula akta, pekeliling dan garis panduan berkaitan, pelaksanaan pengurusan LEAN, perluasan perkhidmatan penjagaan kesihatan virtual, dan strategi komunikasi sedang berjalan dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan.

“KKM menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan.

“Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di jabatan kecemasan hospital kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan