24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Trak Mack keluarga Diraja Johor terbabit nahas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di Kulai, Johor, petang semalam.

Dalam kejadian itu kira-kira pukul 6.50 petang, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kemalangan itu membabitkan sebuah trak Mack milik keluarga Diraja Johor dengan dua kereta.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu disyaki berlaku apabila trak dari arah Utara menuju ke Selatan lebuh raya itu pecah tayarnya secara tiba-tiba,” katanya.

Advertisements

Pada 10 Januari 2016, trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dilaporkan membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Trak raksasa yang dipercayai mencecah RM1.4 juta itu dikesan oleh seorang penunggang motosikal yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar dan video.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan