Monday, June 15, 2026

PM, isteri selesai tunai ibadah umrah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah selesai mengerjakan ibadah umrah di Mekah sebaik sahaja tiba di Jeddah sempena lawatan rasmi pada Rabu.

Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi.

“Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, insya-Allah,” katanya di laman Facebook miliknya.

Perdana Menteri kini mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi. – EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan