28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 14 Mei ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiĀ memaklumkan, konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, konvensyen yang akan disertai oleh 20 parti dalam Kerajaan Perpaduan itu adalah untuk memperlihatkan perpaduan dalam kalangan parti gabungan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebanyak 20 parti di dalam Kerajaan Perpaduan ini dengan empat gabungan utama dalam parti akan berada pada satu tempat dan pada waktu yang sama.

“Ia bagi kita kita memperlihatkan solidariti dalam kalangan parti gabungan dan yang paling penting dukungan daripada UMNO cukup padu,ā€ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2023-2026 yang pertama hari ini.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, konvensyen itu juga antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, mengenai rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, Ahmad Zahid berkata, perkara itu belum dibincangkan secara rasmi dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Advertisements

“Ketua Sekretariat untuk Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan memperincikan butiran yang akan dibincangkan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, perkara yang penting untuk UMNO ketika ini adalah untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan dengan terus mendukung sepenuhnya pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, dalam satu kenyataan media Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas mesyuarat berkenaan, UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan demi kestabilan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, UMNO turut menzahirkan iltizam untuk membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti dalam Kerajaan untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Selain itu, mesyuarat berkenaan juga memutuskan Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas berhubung sentimen permainan kaum dan agama bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan