31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Peperiksaan 533 calon SPM terjejas banjir dijadual semula

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI  533 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan dijadualkan semula bagi menduduki peperiksaan berkenaan bermula 16 Mac ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

“Kita akan bermula pada 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat. Kita berharap cuaca bertambah baik supaya tidak bertambah penjadualan semula dan kita boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang, hari ini

Ujar Fadhlina lagi, sebanyak 17 buah sekolah di Johor dan dua lagi di Pahang terjejas banjir setakat ini.

Menurutnya, beliau akan ke Johor esok untuk meninjau sekolah yang terkesan supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan selain menziarah guru yang terjejas bencana itu.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang hendak dibina dengan rekaan kalis bencana, khususnya di lokasi kerap berdepan bencana seperti banjir.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di Sarawak sebelum sesi persekolahan baharu bermula pertengahan Mac ini.

Menurutnya, antaranya ialah soal penempatan guru yang sedang dilihat bersama antara Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pada majlis itu, Fadhlina juga mengumumkan tema Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ yang akan disambut di Melaka.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan