25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Mangsa banjir di Batu Pahat terus bertambah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SENARIO banjir di Batu Pahat, Johor terus memburuk apabila jumlah mangsa banjir di daerah itu bertambah seramai 2,570 orang menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negeri ini mencecah 49,450 mangsa (14,233 keluarga) setakat pukul 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Batu Pahat kini menjadi daerah yang paling terjejas dengan jumlah mangsa banjir mencecah 18,485 orang (5,252 keluarga) di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.

Menurutnya, Segamat juga menunjukkan sedikit peningkatan menjadikan jumlah mangsa banjit di daerah itu seramai ini terdapat 13,513 orang (3,954 keluarga) dipindahkan ke 76 PPS.

“Jumlah mangsa banjir di Kluang turut meningkat kepada 5,279 orang (1,524 keluarga) di 41 PPS, manakala Pontian dan Kulai mencatatkan mangsa banjir yang kecil masing-masing tiga orang dan seorang.

“Di Pontian kini terdapat 338 mangsa (88 keluarga) di lima PPS, manakala Kulai dengan 64 mangsa (15 keluarga) di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, tiga daerah pula mencatatkan penurunan iaitu Tangkak, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurutnya, Tangkak kini menempatkan 2,996 mangsa (874 keluarga) di 25 PPS; Kota Tinggi pula menempatkan 3,190 (845 keluarga) di 20 PPS dan Johor Bahru dengan 507 mangsa (173 keluarga) di empat PPS.

Mersing pula ujar beliau kekal dengan jumlah mangsa banjir sejak dari pagi tadi iaitu seramai 975 orang mangsa (292 keluarga) di enam PPS yang masih beroperasi dan Muar kekal dengan 4,103 mangsa (1,216 keluarga) di 24 PPS sejak tengah hari tadi.

Untuk rekod, sebanyak 264 PPS masih beroperasi di negeri Johor.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan