30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PDRM pantau aktiviti media sosial dikaitkan IS di negara ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini memantau rapi aktiviti media sosial kumpulan di Malaysia yang dikaitkan dengan Islamic State (IS) atau fahaman Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beberapa media tempatan telah melaporkan bahawa terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di negara ini yang berkait rapat dengan fahaman berkenaan.

Menurut beliau, laporan media didapati berasaskan maklumat yang diperolehi daripada Nordic Counter Terrorism Network dari Finland.

“PDRM sejak awal lagi telah mengesan dan terus memantau secara rapi penyebaran propaganda melalui media sosial sebagai usaha mereka melalui media sosial sebagai usaha mereka meraih sokongan kepada kumpulan yang dikaitkan dengan Islamic State.

“Salah satu langkah PDRM adalah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi-agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Acryl Sani lagi, langkah itu adalah bagi memastikan tindakan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang dikenalpasti terlibat.

Menurutnya, dalam usaha itu, kesemua agensi sedang memainkam peranan secara aktif dan pemantauan telah ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin.

Sehubungan itu, tegas beliau lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak-pihak yang menyokong Daesh.

“Berdasarkan situasi semasa, PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara adalah terkawal dan dalam masa yang sama, PDRM komited dalam memastikan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kententeraman awam diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan