29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penduduk bertuah rasai air tangan Raja Permaisuri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, Cameron Highlands, Pahang, cukup bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan memasak juadah jemput-jemput durian kepada.

Perkara itu dikongsikan Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada Orang Asli di perkampungan berkenaan.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan hasrat agar Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh menjadi kampung contoh kepada KOA lain.

“Seri Paduka Baginda bertitah kampung itu sewajarnya dicontohi kerana kebersihan dan kecantikan kawasannya, selain keharmonian yang dipamerkan penduduk Orang Asli di situ,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 11.00 pagi disambut Menteri Besar Pahang,  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohd Ali Hanafiah dan barisan exco kerajaan negeri Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan mengurniakan kelengkapan sekolah kepada anak-anak Orang Asli dan sebuah van untuk kegunaan penduduk di kampung tersebut.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan pengislaman dua wanita Orang Asli dan menerima persembahan taklimat oleh MCMC mengenai penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kampung tersebut.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa sukacita dengan perancangan MCMC berkenaan penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan itu dan berharap lebih banyak kemudahan dan keperluan yang dijanjikan kepada penduduk Orang Asli, dapat ditunaikan segera,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan