26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Remaja maut, seorang lagi parah nahas ketika merempit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja maut, manakala seorang lagi parah selepas terbabit nahas dipercayai ketika merempit di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, remaja yang maut berusia 19 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, kemalangan itu melibatkan dua motosikal berasingan di jalan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan menunggang laju dan melulu di jalan tersebut.

“Kedua-dua motosikal mangsa kemudian bergesel sesama sendiri dan tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi meHoong Fong menambah, seorang mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 6.50 pagi.

Advertisements

“Seorang lagi remaja yang mengalami kecederaan dalaman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang masih dirawat di Zon Merah HTAR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Hoong Fong lagi, ahli keluarga mangsa yang maut telah hadir ke Balai Polis Trafik Klang untuk membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pihaknya kini sedang mengesan perakam video tersebut bagi diambil keterangannya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian turut diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular dua video memaparkan dua penunggang motosikal terbaring cedera selepas terjatuh dan dibantu sekumpulan lelaki di lokasi tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan