25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Malaysia, Mesir bincang kerjasama bidang fatwa, kehakiman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Mesir sepakat dalam membincangkan beberapa kerjasama termasuk bidang fatwa dan kehakiman bagi memartabatkan Islam di mata dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan tersebut merupakan intipati penting semasa belia menerima kunjungan hormat daripada Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.

Menurutnya, perbincangan adalah tertumpu kepada cadangan-cadangan kerjasama pengkukuhan kerjasama bidang fatwa, kehakiman Islam menerusi pemantapan penguasaan ilmu turath dan bahasa Arab.

“Perluasan kerjasama bidang pengajian Islam dan profesional lain seperti perubatan dan farmasi. Cadangan penganjuran persidangan antarabangsa bertemakan pembangunan masyakarakat madani menerusi penyertaan tokoh-tokoh ulama di kedua-kedua negara,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Mohd Na’im lagi, beliau berharap agar melalui kunjungan tersebut kerjasama akrab negara Malaysia dan Mesir akan terus diperkukuh.

“Moga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Mesir semakin kukuh dan jitu,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan