26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Malaysia mara ke peringkat akhir Piala Merlion

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SKUAD B-22 negara melangkah ke peringkat akhir Piala Merlion selepas menewaskan Kemboja 4-2 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Jumaat.

Pasukan muda negara membuka jaringan melalui penyerang sensasi negara, Haqimi Azim Rosli, yang menyempurnakan hantaran lintangan Aiman Afif Afizul, di minit ke-13.

V. Ruventhiran menghadiahkan jaringan kedua Malaysia pada minit ke-30 selepas menolak masuk bola di depan gawang lawan.

Kemboja mengejutkan Malaysia merapatkan jurang menerusi jaringan Lim Pisoth menjelang waktu rehat separuh masa untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pasukan bimbingan Keisuke Honda berjaya menyamakan kedudukan selepas lima minit perlawanan bersambung melalui rembatan jarak jauh ketua pasukan, Sieng Chantea pada minit ke-50.

Tersentak dengan kebangkitan Kemboja, skuad muda negara kembali bangkit dengan pemain gantian, Fergus Tierney, kembali meletakkan Harimau Muda di depan dengan meyudahkan umpanan ketua pasukan, Azam Azmi Murad.

Jaringan Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-72 memastikan skuad bimbingan E.Elaravan mara ke peringkat akhir.

Malaysia bakal membuat perhitungan menentang antara Singapura dan Hong Kong pada Ahad ini. – EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan