Saturday, June 13, 2026

Poster KWSP lulus pengeluaran untuk Raya palsu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster yang tular di media sosial.

Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Komunikasi Dan Digital melalui pasukan respons pantas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan kesahihan poster bertajuk ‘Pengeluaran terakhir RM100 sehingga RM50,000 diluluskan oleh pihak KWSP sebelum Aidilfitri – Menteri Kewangan’ seperti yang tular di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mencari jalan lain untuk membantu rakyat yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa kerana kebenaran pengeluaran KWSP akan menjejaskan pelaburan negara. – EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan