Tuesday, July 21, 2026

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.

Belanda yang turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Cody Gakpo, Frenkie de Jong dan Denzel Dumfries ketinggalan seawal minit kedua menerusi jaringan Antoine Griezmann.

Pertahanan, Dayot Upamecano menggandakan jaringan buat Perancis apabila menyudahkan hantaran Griezmann pada minit kelapan permainan.

Minit ke-21 menyaksikan giliran Mbappe meledak gol ketiga skuad kendalian Didier Deschamps sebelum melengkapkan gol keempat Les Blues pada minit ke-88.

Kemenangan ini meletakkan Perancis di tangga teratas kumpulan di depan Greece yang menundukkan Gibraltar 3-0 pagi tadi.

Seterusnya, Perancis akan menentang Ireland di Dublin pada Isnin ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan