30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tiga wakil negara ke separuh akhir Terbuka Switzerland

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEE Zii Jia dan dua pasangan beregu negara meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan Terbuka Switzerland 2023 di St Jakobshalle di Basel awal pagi tadi.

Zii Jia yang terkandas di separuh akhir All England minggu lalu tidak berdepan masalah menewaskan wakil Taiwan, Lee Chia Hao menerusi straight set 12, 21-17 dalam tempoh 35 minit.

Pemain perseorangan negara itu dijadual berdepan wakil Jepun, Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mara selepas menyingkirkan pilihan keenam dari Indonesia, Bagas Maulana-Shohibul Fikri 16-21, 21-12, 21-19.

Advertisements

Wakil negara itu akan berdepan saingan beregu dari India, C. Shetty-S.Rankireddy untuk merebut tempat ke final hari ini.

Dalam pada itu, turut mara beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand dengan 21-18 21-18.

Untuk aksi separuh akhir, mereka dijadualkan menentang wakil Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan