BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi tadi.
Pasukan The Red Devils kini berada di bawah era baru jurulatih, Domenico Tedesco yang menggantikan Roberto Martinez susulan prestasi hambar tersingkir di Piala Dunia 2022 lalu.
Lukaku meletakkan Belgium di depan pada minit ke-41 untuk mendahului pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama.
Jaringan kedua Belgium terhasil di minit ke-49 dan Lukaku melengkapkan hatrik pada minit ke-82 untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang dari Stockholm.
Kemasukan penyerang lagenda, Zlatan Ibrahimovic tidak cukup memberi impak buat Sweden yang terpaksa akur tumbang di laman sendiri oleh Belgium. – EDISI9