27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Kuarters guru: KPM lantik perunding hartanah

Jalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni di seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik perunding hartanah bagi menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, skop kajian adalah merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara dan dijangka ia akan selesai pada akhir April 2023.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhan, jumlah kuarters guru KPM adalah sebanyak 47,947 unit, di mana sebanyak 29,207 unit kuarters sedang diduduki dan 18,740 unit kuarters tidak diduduki,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan bertulis Young Syefura Othman (PH-Bentong) pada di Dewan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Young Syefura meminta menteri menyatakan jumlah kuarters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih dan selenggara kuarters guru yang uzur.

Baca juga:   Penantian 22 tahun pelajar, guru SMK Libaran bakal berakhir

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana pendidikan termasuk kuarters guru yang selamat dan kondusif untuk diduduki.

Katanya, KPM memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters guru yang didiami berdasarkan tahap kerosakan yang kritikal seperti kerosakan bumbung, pendawaian elektrik, perpaipan, kerosakan tandas, kumbahan dan kerosakan struktur bangunan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerosakan kuarters yang melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Manakala, kerosakan kuarters yang tidak melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh KPM.

Baca juga:   70,000 OKU terbabit dadah jalani pemulihan

“Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa oleh JKR dan KPM bagi memastikan skop kerja dipatuhi mengikut spesifikasi yang ditetapkan,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan