29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Penjawat awam Pahang dapat naik gaji tambahan RM100

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KIRA-KIRA 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menikmati Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemberian tersebut melibatkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta.

Bagaimanapun beliau berharap pemberian KGT tambahan itu dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan penjawat awam di negeri ini.

“Saya berharap dengan pemberian KGT Tambahan Khas ini, penjawat awam di Pahang dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kenaikan KGT Tambahan Khas itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 apabila Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian berkenaan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan itu dengan mengambil kira peranan penting penjawat awam negeri yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pahang.

“Pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun ini dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan