28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penerima STR dinasihatkan kemas kini maklumat peribadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta mengemas kini maklumat peribadi untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua yang akan mula diagihkan sebelum Aidilfitri.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses kemas kini serta pendaftaran baharu sudah dibuka sejak 1 Mac lalu dan akan berakhir penghujung bulan ini.

Menurutnya, untuk STR fasa kedua, pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri dan kita mohon agar pemohon mengemas kini data terkini mereka kerana mungkin ada perubahan dari beberapa perkara.

“Fasa pertama sudah selesai diproses secara berperingkat pada 17 Januari lalu membabitkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan bernilai RM1.67 bilion.

“Sumbangan Tunai Rahmah kali ini yang terbesar iaitu berjumlah RM8 bilion nak beri kepada 9 juta rakyat yang memberi manfaat kepada golongan B40 di bawah agensi pelaksana iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya sempena lawatan kerja di Pejabat LHDN Kelantan, hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Pengarah LHDN Kelantan, Wan Roslan Wan Ismail.

Ahmad berkata, STR akan dibayar empat kali setahun dan dijangka pembayaran seterusnya akan dibuat pada Julai dan November ini.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk bakul makanan serta baucer barangan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan,” katanya.

Sehubungan itu, permohonan STR boleh dibuat melalui kaedah dalam talian melalui portal rasmi STR iaitu http://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual di kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASil mengikut lokaliti negeri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan