27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Malaysia, Jepun nyata komitmen erat hubungan dua hala

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Jepun menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan erat antara kedua-dua buah negara.

Perkara itu dibincangkan antara Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin bersama rakan sejawatannya dari negara Matahari Terbit itu, Shunsuke Takei di Putrajaya.

Wisma Putra berkata, kedua-dua pemimpin itu telah membincangkan kaedah untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan tinggi, pembangunan modal insan dan rantaian bekalan.

“Mereka juga menekankan kepentingan untuk mempergiatkan semula hubungan sesama rakyat antara Malaysia dan Jepun, berikutan pandemik Covid-19,” kata kementerian itu hari ini.

Shunsuke Takei kini dalam lawatan kerja beliau ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.

Ini merupakan lawatan pertama peringkat tinggi oleh kerajaan Jepun ke Malaysia sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Disember lalu.

Baca juga:   Mendiang Baharuddin, Norihan dinaikkan pangkat Sarjan, dicadang PGB

Lawatan ini juga akan memacu momentum baharu bagi membuka peluang kerjasama yang belum diterokai demi manfaat bersama kedua negara.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan terhadap pelbagai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama khususnya mengenai situasi di Myanmar, konflik Rusia-Ukraine serta pembahaharuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mengenai hubungan daganga kedua-dua negara, Wisma Putra berkata, Jepun merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan RM181.51 bilion (USD41.21 bilion) pada tahun lalu.

Sehingga Jun tahun lalu, Jepun adalah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang telah dilaksanakan dengan jumlah RM94.5 bilion (AS$28.4 bilion).

Baca juga:   Zambry ke Arab Saudi, bincang potensi ekonomi baharu

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tunai janji biayai pendidikan anak mangsa Tragedi Lahad Datu

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) harus menyempurnakan harapan dan janji yang dilakukan oleh kepimpinan atau pengurusan waktu itu untuk membiayai...

Lagi Artikel Berkaitan