26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Islamofobia: Malaysia sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif bagi menolak Islamofobia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan juga mesti ditolak.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif bagi mencapai tujuan ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Anwar, Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia pada setiap 15 Mac.

Bagaimanapun menurutnya, itu bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia.

“Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh mulia dalam masa terdekat.

“Dalam menyambut bulan yang mulia ini, kita mesti mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia Madani dan menolak ideologi ekstremis sama sekali,” katanya.

Baca juga:   PM buat lawatan rasmi pertama ke Singapura esok

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan