30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Warga KPM perlu sambut aspirasi kepimpinan tertinggi negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELURUH warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru menyambut aspirasi kepimpinan tertinggi negara selaras dengan visi ‘pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.’

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, apa sahaja yang dirancang di peringkat bahagian dan negeri seharusnya berpijak atau berlandaskan visi kementerian.

“Setiap daripada kita sama ada kita di peringkat tinggi kementerian atau di sekolah yang kecil, mesti terjemahkan kepada satu matlamat atau visi yang sama.

“Kita tidak boleh lari dari visi dan ketetapan dasar yang telah dibuat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, warga KPM perlu membawa kefahaman sama.

“Sebab kita ramai pihak yang berkepentingan, dan setiap daripada kita hadamlah setiap satu apa yang kita keluarkan contohnya surat pekeliling ikhtisas (SPI) berkaitan.

“Insya-Allah selepas ini SPI akan ditambah baik untuk dipermudahkan urusan kita,”katanya.

Dalam pada itu, Pkharuddin berkata, kepimpinan tinggi negara melihat aspek adab, akhlak, integriti dan karamah insaniah perlu dijadikan sebagai tumpuan penting dan diutamakan dalam sektor pendidikan.

“Usaha tersebut sekali gus melahirkan golongan anak yang baik, cerdik dan seterusnya membawa ke arah sebuah negara madani.

Pkharuddin menjelaskan, kementerian ketika ini sedang menguruskan sebanyak 10,233 sekolah merangkumi 2,451 sekolah menengah dan 7,782 sekolah rendah dengan bilangan 412,227 guru dan  5,110,048 murid.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, pihaknya tetap akan mengurus kesemua sekolah tersebut meskipun terdapat sekolah yang memiliki hanya lima murid, demi kesinambungan pendidikan anak bangsa negara ini. -Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan