24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kane cipta rekod penjaring terbanyak England

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG, Harry Kane meletakkan namanya sebaris lagenda bola sepak England selepas meledak gol peribadi ke-54, sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang masa.

Gol tersebut hadir pada separuh masa pertama apabila Kane menyempurnakan sepakan penalti bagi membantu skuad Three Lions menundukkan Itali 2-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.

Melakukan debut pada 2015, Kane mengatasi rekod yang dipegang Wayne Rooney yang meledak 53 gol, Bobby Charlton (49 gol), Gary Lineker (48 gol), Jimmy Greaves (44 gol) dan Michael Owen (40 gol).

Jika dibandingkan dengan senarai tersebut, Kane mempunyai rekod gol per perlawanan lebih baik kerana mencipta 54 gol hanya dalam 81 perlawanan sahaja.

Advertisements

Kane berkata, dia sangat teruja apabila berpeluang mewakili pasukan kebangsaan dan tidak terlalu memikirkan rekod peribadi.

“Saya suka bermain untuk England, jadi dengan peluang yang ada saya harap dapat melakukannya dengan hebat tetapi apapun pasukan tetap jadi keutamaan,” katanya.

Penyerang prolifik itu muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab utara London tersebut apabila mengatasi rekod Greaves baru-baru ini.

Sehingga hari ini, Kane telah menjaringkan 271 gol untuk kelab dan negara. Ini tidak termasuk gol ketika dipinjamkan ke Milwall, Leyton Orient dan skuad remaja England. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan