Thursday, June 4, 2026

Harga ladang sayuran turun, harga runcit kekal angkara orang tengah

KPDN, MAFS kongsi maklumat bagi pastikan harga sayuran sentiasa terkawal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TREN harga ladang bagi sayur-sayuran didapati mula menurun dirangsang beberapa faktor seperti, cuaca dan bekalan yang stabil.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, namun penurunan tersebut tidak memberi kesan kepada harga runcit kerana penglibatan orang tengah.

“Berdasarkan tinjauan dan maklumat yang diperolehi daripada peladang sayur dan persatuan penanam sayur Cameron Highlands, tren harga ladang mula menurun atas faktor cuaca yang baik dan bekalan yang stabil.

“Selain itu, faktor orang tengah dilihat perlu diberi perhatian kerana mendapati penurunan harga sayur di peringkat ladang kurang memberi kesan kepada pengurangan harga runcit.

“Antaranya disebabkan lapisan rantaian pengedaran banyak sebelum sampai ke peringkat runcit yang menyebabkan harga tidak di pasaran runcit tidak banyak berubah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian itu bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan berkongsi maklumat dalam usaha memastikan kestabilan harga sayuran di pasaran.

“Penemuan-penemuan kali ini akan dikongsi dalam sekretariat KPDN bersama MAFS bagi penelitian lanjut dan merangka strategi intervensi yang bersesuaian ke arah memastikan kestabilan harga sayuran dalam negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan